Saturday, June 27, 2015

Kenapa re-blogging?

Assalamu'alaikum.

Hi semua!

Moga sihat belaka. Moga kita sentiasa diberikan kekuatan yang baik dan kesihatan yang sejahtera. Lagi-lagi sekarang dalam bulan Ramadhan. Kalau dekat Jordan ni lebih kurang 16jam puasa. Subuh 3.50pagi. Maghrib 7.50ptg.

Post kali ni (1st artikel lah lebih kurang haha) tak ada apa sangat nak cerita. Takde yang menarik. Lebih kepada pemberitahuan.lulz.

Kenapa aku re-blogging?

Ceritanya dulu waktu sekolah menengah rajin lah jugak update blog,hias sana sini, tukar tukar lagu. Sebab waktu tu FB baru lagi. So main update blog je. Waktu tu form4.

Masuk form5, acah-acah busy nak SPM terus bersawang blog. Lastly tak pernah bukak langsung.

Lepas dah dua tahun dekat Jordan ni, selalu ter-inpsire dengan beberapa orang kawan yang selalu update blog. Penulisan diorang ni pelbagai. So tetiba rasa nak menulis balik.

Sebab bila menulis, kau puas. Kau boleh luahkan apa yang bermain dalam fikiran dan hati kau. Orang nak komen boleh komen sepuas hati. Boleh jadi anon. Kalau dekat fb,ig orang segan segan nak komen kritik kutuk ke apa. So dekat sini boleh orang komen penulisan,pemikiran kita.

Lagipun, boleh jadi sebagai amal yang berterusan. Kalau bermanfaat la. InsyaAllah aku cuba tulis benda yang bermanfaat. hohoho.

Btw, aku re-blogging sebab aku ada satu hobi baru sejak duk Jordan. Hobi memasak. Suka gila memasak. Dalam memasak ni macam-macam aku dah explore. Tapi, aku jenis pelupa. Jadi bila ada benda baru aku explore, aku nk share dekat sini. Bebila boleh aku rujuk.

Dan kebetulan ada beberapa kawan aku yang selalu request resipi itu ini, so bila dah ada blog aku bagi link blog aku je lah untuk korang rujuk. Kalau yang baru nak belajar masak pun boleh je nak rujuk sini. hehe

Btw, aku ni puitis sikit orangnya. Jadi aku suka je tulis puisi,sajak,pantun. Kalau rajin aku tulis lah cerpen.

So selamat datang dan selamat berkenalan!

Oh ya, nama aku. Muhammad Amir Luqman Hakim Bin Azari. Panggil aku Luqman. :D

Sekian.

No comments:

Post a Comment