Saturday, June 27, 2015

Resepi: Asam Pedas Daging

Sejahtera.

Hi.

Two posts in a day. Haha. Nampak sangat BBNU nye (baca: budak-budak baru nak up).

Orite kali ni nak share resepi. Sempena cuti sekolah dah nak habis, lepastu senior senior yang aku rapat dah nak balik, so aku dan Napis plan untuk buat iftar dengan senior yang banyak tolong kitorang. Kitorang ajaklah Anuar Saad dan 'si dia' dia sebab memang rapat gila dengan diorang ni. Padahal aku beza U dengan dia. Tapi sebab memang Nuor ni orang yang peramah. Oh ya, aku ajak jugak Amir Hamzah sebab rapat dan banyak belajar tentang bisnes dengan dia.

Menu untuk iftar kitorang tadi Asam Pedas Daging, Sotong Goreng Tepung dan Pengat Pisang. So entri kali ni nak share resepi Asam Pedas Daging.

Fyi, aku ni gila asam pedas sebab dari kecik dibesarkan orang Melaka. Asam pedas mak angkat aku tu memang number one lah.  Kalau makan pasti terangkat! Ceritanya pula, waktu masak tadi ada orang, kawan si Nuor tu lah, masuk dapur tengok kita masak apa. Lepastu dia tanya,

"Kau orang mana?"
"Selangor"
~lepastu dia diam~
Then aku pun cakap,
"Waktu kecik dulu orang Melaka jaga."
"Padanlah pandai masak. Orang Melaka memang pandai masak."
Lepastu tetiba Nuor menyampuk,
"Dia ni orang Melaka."

Kira angkat bakul ah jugak akak ni. Heh

Orait. Sorry tercerita panjang.

Jom kita tengok apa benda yang perlu untuk Asam Pedas Daging ni. Resepi ni aku olah sendiri lepas aku review dua,tiga blog dan lepas aku call mak aku. So ini lah hasilnya. Aku ni suka benda yang simpe dan senang. So resepi yang aku share ni benda yang mudah bagi aku. Kalau tak sama macam korang or mak korang masak. Maaf lah.

Resepi: Asam Pedas Daging
Tahap kesukaran: Sederhana
Persediaan bahan: 10-15min
Tempoh memasak: 45min-1jam

Bahan-bahan:
Daging lembu 800g-1kg
Cili kering yang dah di-blend (aku letak 6sudu besar)
*Bawang besar (sedap guna yang merah) Sebiji setengah atau 2 biji
*Bawang putih 4-5 ulas
*Halia separuh ibu jari
*Lada hitam (ikut nak pedas mana)
Air asam jawa
Air kosong
Daun limau purut
Garam
Gula

p/s: Kisar bahan bertanda *

Cara memasak:
1. Daging rebus sampai masak sekadar masak. Tak empuk tak lembut pun takpe. Then toskan airnya. Ketepikan.

Daging yang dah direbus dan ditoskan. 

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bertanda * sampai naik bau. Dah wangi sikit masukkan cili blend. Tumis sampai garing, sampai naik minyak, sampai bau sedap gitu. Guna api sederhana ya. Jagan kuat sangat jangan perlahan sangat. Tumis menumis ni lebih kurang setengah jam ke 40minit. Sebab nak bagi cili dan bawang betul-betul masak. Sekali sekala kacau takut hangit.

3. Masukkan daging tadi. Gaul rata. Kemudian tambahkan air kosong. Tinggi air sekadar menutupi daging atau lebihkan sikit kalau nak kuah banyak. Biarkan sampai mendidih dan sampai daging dah empuk serta lembut.

4. Bila dah lembut, masukkan air asam jawa. Agak-agak nak rasa masam. Jagan banyak sgt jangan sikit sangat. Memasak ni kena pandai ijtihad sendiri. haha

5. Adjust garam gula. Masukkan daun limau purut. Perlahankan api, biarkan ianya mendidih perlahan. Dah mendidih dan rasa puas hati bolehlah tutup api dan hidangkan.



Gambar ni amek lepas dah siap iftar. Haha lupa nak ambil gambar lelawa lepas masak tadi. Tak sempat. Terlupa.lulz.

Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment